Sasaran serangan virus Ensefalitis Jepun

Oleh kerana sasaran serangan arbovirus ialah sel-sel otak yang kemudiannya berjangkit kepada sel-sel saraf tunjang, maka gejala penyakit ini berkait rapat dengan fungsi otak dan saraf tunjang sebagai pusat penyelaras aktiviti hayat tubuh dan segala proses fisiologi yang berlaku. Maka di antara tanda-tandanya termasuklah sakit kepala, pening, demam yang kuat, merengkok (konvulsi) atau pengecutan luar kawal yang ekstrim pada otot-otot rangka samada berterusan atau pun berselang-selang, tidak sedarkan diri, dan akhirnya membawa kepada maut. Pesakit-pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang kuat mungkin boleh pulih tetapi menghadapi risiko hilang ingatan. Individu-individu yang dijangkiti mungkin juga akan menghadapi masalah neurologi atau gangguan-gangguan saraf.

Gejala-gejala yang dinyatakan ini sudah pasti akan menjadikan orang ramai lebih cemas dan bimbang. Namun sejarah kesihatan di negara ini sudah beberapa kali membuktikan bahawa kecemasan dan kebimbangan itu tidak akan berpanjangan. Setelah jangkitan penyakit-penyakit itu dapat dibendung atau faktor-faktor penyebabnya dapat dikurangkan, kecemasan dan kebimbangan tersebut akan bertukar menjadi kealpaan dan sikap ambil mudah kembali menjejaskan amalan hidup sihat.

Sikap ambil mudah tentang kemungkinan berlakunya sesuatu jangkitan, telah pun diakui oleh agensi-agensi kesihatan antarabangsa sebagai faktor utama yang meyebabkan program- program pencegahan gagal dilaksanakan secara berkesan dan berkesan. Hakikat bahawa jangkitan sesuatu penyakit berjangkit itu boleh berlaku disebarang tempat dan ketika, wajar menjadi ingatan kepada semua individu awam.

Rujukan

WikiPedia: Ensefalitis Jepun http://www.health.gov.au/internet/wcms/publishing.... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb7036.htm http://www.emedicine.com/med/topic3158.htm http://www.cdc.gov/ncidod/dvbid/jencephalitis/ http://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2020/MB_cgi?field=... http://www3.who.int/icd/currentversion/gLinkGroupL... http://www.moh.gov.my/JE.HTM http://content.nejm.org/cgi/content/full/355/9/869 http://www.dh.gov.uk/assetRoot/04/13/79/19/0413791...